20111102

Warkah Cuti Semesterku

Aduhai.
Cuti semester sudah tiba
Agak lama pula tu
Dari tanggal 3 sehingga tanggal 13
Bayangkan, seminggu lamanya.

Yang lain sudah seronok mengusung beg 
Teruja dengan tibanya cuti
Tapi aku pula
Gusar memikirkan betapa sunyinya hari rayaku nnti.

Dikala kebanyakan orang ada tempat utk mereka kembali
Aku keseorangan di bumi UMK ni
Tanpa teman maupun kekasih di sisi menemani
Bilikku kosong sekali, tiada apa yg bernyawa
Seluruh tempat, kosong sekali.

Dikatakan kenapa xmhu ke rumah kakak atau rakan?
Aku tidak ingin menyusahkan org
Kehadiranku bukan di dalam perancangan mereka.

Akan ku isi masa cuti ini,
Turut cuba mencari rezeki
dan membuat kerjaku sebagai seorang pelajar,
Sebab aku sedar,
Betapa Susahnya mencari rezeki

Aku turut berterima kasih 
kepada Insan-insan kesayanganku,
Iaitu ayahku dan juga kekasihku,
Kerana sudi berkongsi sedikit rezeki mereka denganku.

Apa-apa pun, 
Aku akan sabar dan tabah,
Orang kata,
Masa sebenarnya berlalu dengan pantas,
Jadi tiada apa yang perlu digusarkan,
(Ayat penyedap hati, ha2)

Hidup akan tetap terus
Jika ajalku bukan pada keesokan hari,

Harapanku..
Agar aku akan dapat melalui semua ini,
dan kita kan berjumpa kembali..
Wahai rakan-rakanku.
Dan kekasihku yang satu.
Di masa yang akan dtg nnti, 
sesudah cuti yg mencabar ini.

=) Selamat bercuti untuk warga2 yang bercuti =)
dan Selamat Hari Raya Aidiladha

-terasa lega dada setelah semuanya diluahkan-

No comments:

Post a Comment